Hailtheking’s Weblog

Protect Your Family— FinanciallY

Pilihanraya kecil dua bukit

Pilihanraya kecil kali ini memang panas, lain dari yang lain kerana ia dianggap ‘gauge’ yang paling mutakhir bagi mengetahui sokongan rakyat. Rakyat Malaysia sekarang sudah advance, bukan macam dulu lagi. Kita sudah ‘savvy’ dalam banyak segi – politik, internet, teknologi dan tak buta maklumat lagi dah. Mana-mana attempt untuk memutar belit ataupun menyembunyikan fakta, kirim salam saja… Sekarang mana boleh nak buat macam tu. Suka saya nak senaraikan bagi saya apa yang sangat menarik hati saya mengenai dua bukit ni.

1) Nak tengok sama ada rakyat (sekurang-kurangnya di tempat ini) sama ada mereka menerima kepimpinan Najib.

2) Nak tengok sama ada BN nak tukar strategi atau tidak, nampak ada ubah sikit. Saya rasa bagus sebab letak Muhyidin dan tidak Najib seperti 2 Pilihanraya kecil sebelum ini. Ubahlah sebab nampak isu Najib banyak dimainkan pembangkang.

3) Bagi kes Bukit Gantang, sama ada rakyat mahu kerajaan PR atau BN. Dengan meletak Nizar, ia adalah do-or-die bagi PAS dan kerajaan PR. Adakah rakyat Perak bersama mereka atau tidak?

4) Macamana penerimaan rakyat setempat tentang pemilihan UMNO yang baru berakhir. Sama ada rakyat suka atau tidak dengan barisan baru ini. Adakah rakyat merasa UMNO benar-benar mahu ‘reform’ atau ‘transform’

5) Saya nak tengok dari 15 yang bertanding di Kedah, berapa akan hilang wang pertaruhan. Tak tahu apa yang difikirkan calon-calon bebas ini. Seriuskah mereka bertanding, atau nak glamour saja. Bagi saya mereka ini betul-betul kacau daun.

6) Sentimen kaum indi terhadap Samy Vellu dan MIC.

Kali in saya cuma nak lihat dari sudut BN saja, kerana tempat-tempat ini ‘incumbent’ adalah dari PR dan sebab memang berita nak dapat pun dari media BN saja, Harakah dan Suara keAdilan kan dah kena ban!!

Kalau kali ini BN kalah juga….

March 30, 2009 Posted by | takaful | 3 Comments

Pemilihan Umno ( Bah. 1)

Kita baru sahaja selesai pemilihan UMNO baru-baru ini. Ada calon yang menang dan sudah pasti lebih ramai lagi yang kalah. Ada yang merajuk,tak puas hati, gembira, iri hati dan tak kurang yang terluka. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai orang bawahan (grass root-popular term sekarang) adalah slot perbincangan di TV , iaitu semasa menunggu keputusan rasmi. Ramai cendikiawan, ahli politik dan wartawan membahaskan apa masalah UMNO yang sebenar, kenapa, siapa, bagaimana, di mana dan bila? Macam-macam teori,tokoh dan terma yang digunakan seperti “bottoms-up comunication, new media, unilateral, bilateral, Barrack Obama, apolitical, apologist dan pelbagai lagi. Seronok juga sebab dapat “experience UMNO” dalam sejam,dua.
Antara idea menarik seperti Datuk Mukhriz mencadangkan pemuda menggunakan pendekatan NGO dan gugurkan slogan ‘sedia gempur’. Menurut beliau makcik-makcik lari bila nampak slogan tersebut kat baju pemuda.Ada ahli mencadangkan pembahasan ucapan dasar presiden di peringkat akar umbi. Bagaimana berlaku terlalu banyak tapisan isu-isu dari peringkat akar umbi ke cawangan ke bahagian dan seterusnya. Ada suruh tukar ke “one member-one vote system”. Pelbagai cadangan serta hasrat nak memperjuangkan itu,perjuangkan ini. Dari banyak-banyak cadangan tadi, tiada satu pun yang kaitkan dengan agama. Kata UMNO perjuangkan agama dan bangsa melayu, tetapi SATU pun idea atau isu tak dikaitkan dengan Islam. SUBHANALLAH.
Itulah sebabnya, itulah puncanya kenapa UMNO makin jauh dari orang Melayu, jauh dari ahli UMNO sendiri, malahan jauh dari rakyat. Bagi saya isunya mudah , penting dan sangat benar. Islam, Islam dan Islam.
YB Khairy dalam ucapan kemenangannya ada muatkan ayat Quran, dalam temubual, Datuk Seri Zahid Hamidi pun ada keluarkan dalil walaupun ada tersasul sedikit, OK .. Bagus. Tapi , maaf nak kata kedengaran sangat ‘superficial’, ‘tak jive’ kata orang muda sekarang. Sejak Pak Lah melancarkan Islam Hadhari, sememangnya sampai sekarang rakyat tak faham pun apa dia konsep ini,kenapa perlu bina masjid tak berkariah dan monumen-monumen yang menelan jutaan ringgit. Nak tarik pelancong? Mungkin juga, tapi dari segi pengisian Islam tak sampai. Orang atas selalu berbicara tentang falsafah.Menteri agama selalu sebut tentang Tasauf, Tasawur,Ruh atau semangat Islam. Saya akui memang ini ilmu Islam dan memang penting untuk diperkatakan. Tapi tak sampai pada rakyat, rakyat tak dapat rasa, dan rasa /feel ini yang paling penting bagi kita mengukur keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, kempen dan sebagainya. Rakyat rasa pemerintah jauh, maka jauhlah pemerintah dari rakyat, rakyat rasa tak puas hati, maka pemerintah juga akan susah nanti.
Saya suka ambil satu idea dari panel iaitu kurangkan big talk, lebihkan small talk.. less big ideas, more small ones. Contohnya : Kurangkan pasal idea-idea besar yang mengelirukan, lebihkan mengajak orang pergi ke Masjid atau surau. Macam geng-geng tabligh selalu buat, walau ada orang yang tak selesa dan tak suka. Sangat mudah, mereka hanya nak tarik orang meramaikan masjid, mereka sendiri bukan ahli agama (ada engineer,lawyer,kerja kilang dsb), tapi mereka tarik orang ke masjid. Di sana boleh dengar ceramah menambah ilmu, solat berjemaah dan macam-macam lagi. Saya nak tambah sikit dari idea Datuk Mukhriz, pemuda mesti ada set minda macam ahli tabligh. Yakni selain dari kena tebal muka dan benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab, pemuda kena buat satu benda yang nampak simple tapi manfaat dari itu sangat-sangat besar dan bermakna terutama hal agama, kerana dari situ baru yang lain boleh betul. Zahid Hamidi bagi analogi, UMNO sebuah rumah yang dah berusia 62 tahun. Perlulah dibaiki atapnya,bumbungnya dan lain-lain. Orang-orang di dalamnya (baca : ahli UMNO) perlulah bersatu dan sepakat. Saya rasa semua setuju benda yang pertama sekali kena baiki adalah tiang serinya . Islam adalah agama kita,’Islam is a way of life’. Jadikan juga sebagai ‘the way of UMNO’. Apa dia tiang seri UMNO, lu pikirlah sendiri….

March 28, 2009 Posted by | takaful | Leave a Comment

Bukan ugut Khairy, tapi berunding’from malaysiakini

Bukan ugut Khairy, tapi berunding’ Abdul Rahim Sabri | Mar 23, 09 12:36pm Penulis politik Yahaya Ismail mendakwa beliau berunding dengan naib ketua Pemuda Umno mengenai hak cipta sebelum menerbitkan buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin yang kini menjadi kes polis. Yahaya bagaimanapun menafikan cuba mengugut calon ketua Pemuda Umno itu dalam pertemuan tersebut. yahya ismailBeliau, yang juga dikenali sebagai Pak Ya, tidak dapat mengingati tarikh dan masa pertemuan tersebut. “Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes. “Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau,” katanya (foto) kepada Malaysiakini. Menceritakan lebih lanjut beberapa perbualan dalam rundingan tersebut, penulis veteran itu berkata: “Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta (buku tersebut). Khairy kata, ‘saya beritahu esok’. “(Sewaktu) orang dia bawa balik saya, (mereka) bertanya, ‘tidak boleh berunding sedikit?’ “Saya kata, ‘itu pun harga sudah kurang.’ Keesokan harinya orang dia datang beri (balik) naskhah, (orang Khairy berkata:) ‘Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli’. “Saya tidak paksa beliau beli.” tuah dan sial khairy jamaluddin yahya ismailKhairy semalam membuat laporan polis terhadap Yahaya dengan mendakwa penulis Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin mengugut dan memfitnahnya di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur. “Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku … yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya,” Khairy dipetik berkata. Beliau dilaporkan berkata beliau pertama kali bertemu penulis tersebut di pejabatnya (Khairy) pada 17 Februari lepas. Mengulas aduan polis tersebut, Pak Ya berkata beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada polis. Tambahnya, jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam. Selain menerbit akhbar dan menulis politik, Yahaya lebih popular sebagai penulis esei dan pengkritik sastera Melayu khususnya pada 1960-an dan 1970-an.

pergh, ini kira mengugut la. ada pulak nak jual hak karya. macam ni saya pun mau, tulis jual kaw kaw, pas tu jual kat najib/anwar.. dia tak mau kita kasi public. Tak betul kot brader ni

March 23, 2009 Posted by | takaful | Leave a Comment

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.