Hailtheking’s Weblog

Protect Your Family— FinanciallY

Pilihanraya kecil lagi (ke enam selepas PRU 12)

Letih kepala otak teman memikirkan. Pilihanraya kecil lagi, duit lagi. Macamana kerajaan PR ni, beroperasi?pening betul.

Fairuz pulak nak minta PR clear his name, kalau tak…..

So what, pilihanraya pun pilahanrayalah.. kalau dah incumbent bermasalah, baik kita pilihanraya daripada terus bermasalah. Betul tak? Baca nih-

Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.

In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.

“That is the reason why the party still does not take any action against me,” he said, adding that it was not convenient for him to elaborate at present and urged the press to be patient.

Mohammad Fairus has been quizzed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for his alleged involvement with illegal quarry activities in the state, and has come under fire by his own party for supposed under-performance.

“I am innocent. They know what I can do. So do not push me (from taking such step)!” he said, claiming that he had been framed by party insiders.

He told Nanyang Siang Pau that he was unhappy with his party for not standing behind him as it had done for Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong and former Bukit Selambau assemblyman V. Arumugam.

“The two of them were just state executive council (exco) members, while I am not only a state exco member but also state Deputy Chief Minister,” he said, denying criticism that he had been neglectful of his constituency and absent from many state government functions.

He claimed that it was all part of a well-crafted plot to frame him.

“I have done my constituency work properly and have the support of my voters. Those on the outside may not understand this because my work and services for the constituency have not been reported in newspapers,” he said.

He added that he would cooperate with the MACC to clear his name over the illegal quarrying issue.

April 16, 2009 Posted by | takaful | Leave a comment

Facebook

I recently entered the glamorous world of facebook. Please search me and add me as your friend.

Sincerly yours,
Nor Ilham Mohtar

April 10, 2009 Posted by | takaful | Leave a comment

BN kalah di 2 bukit, Menang di Batang Ai.

Tahniah pada yang menang, pada yang kalah, terutama yang hilang wang deposit tu , biasalah adat pertandingan kan.

Nampaknya kali ni, timbul lagi satu hero kali ini, bernama Nizar. Walaupun diasak bertubi-tubi dengan cerita ‘penderhakaan’ beliau tapi lain pula jadinya, jadi hero pulak. Ingat- there is no such thing as bad publicity! jadi kalau BN nak kalah lagi, sila teruskan dengan method campaign yg sedia ada(status quo).

Banyak kali dah orang yang bijak pandai dah kata, politik old school dah tak boleh apply (kecuali di borneo,masih boleh lag) tapi masih BN tak nak berubah lagi, Transformasi apa dia tu. Tan Sri Muhyidin nak minta review dari 3rd party, kan. Ok kita tgk review tu, dan kita lihat bagaimana BN nak berubah atau tidak.

Dalam BN,UMNO sekurang-kurangnya ada group yang boleh rangka strategi baru dan mereka boleh berjaya, tak tau pula sama ada suara mereka ni tak nak di endahkan oleh orang atasan.

Bagi PR pulak, payah nampaknya korang nak menang kat Sabah dan Sarawak, ingat kena pandang belakang la, teknik kempen yg terkini tak boleh pakai di sana.

Tahniah sekali lagi pada yang menang. Rakyat telah bersuara.

April 8, 2009 Posted by | takaful | Leave a comment

Pilihanraya kecil dua bukit

Pilihanraya kecil kali ini memang panas, lain dari yang lain kerana ia dianggap ‘gauge’ yang paling mutakhir bagi mengetahui sokongan rakyat. Rakyat Malaysia sekarang sudah advance, bukan macam dulu lagi. Kita sudah ‘savvy’ dalam banyak segi – politik, internet, teknologi dan tak buta maklumat lagi dah. Mana-mana attempt untuk memutar belit ataupun menyembunyikan fakta, kirim salam saja… Sekarang mana boleh nak buat macam tu. Suka saya nak senaraikan bagi saya apa yang sangat menarik hati saya mengenai dua bukit ni.

1) Nak tengok sama ada rakyat (sekurang-kurangnya di tempat ini) sama ada mereka menerima kepimpinan Najib.

2) Nak tengok sama ada BN nak tukar strategi atau tidak, nampak ada ubah sikit. Saya rasa bagus sebab letak Muhyidin dan tidak Najib seperti 2 Pilihanraya kecil sebelum ini. Ubahlah sebab nampak isu Najib banyak dimainkan pembangkang.

3) Bagi kes Bukit Gantang, sama ada rakyat mahu kerajaan PR atau BN. Dengan meletak Nizar, ia adalah do-or-die bagi PAS dan kerajaan PR. Adakah rakyat Perak bersama mereka atau tidak?

4) Macamana penerimaan rakyat setempat tentang pemilihan UMNO yang baru berakhir. Sama ada rakyat suka atau tidak dengan barisan baru ini. Adakah rakyat merasa UMNO benar-benar mahu ‘reform’ atau ‘transform’

5) Saya nak tengok dari 15 yang bertanding di Kedah, berapa akan hilang wang pertaruhan. Tak tahu apa yang difikirkan calon-calon bebas ini. Seriuskah mereka bertanding, atau nak glamour saja. Bagi saya mereka ini betul-betul kacau daun.

6) Sentimen kaum indi terhadap Samy Vellu dan MIC.

Kali in saya cuma nak lihat dari sudut BN saja, kerana tempat-tempat ini ‘incumbent’ adalah dari PR dan sebab memang berita nak dapat pun dari media BN saja, Harakah dan Suara keAdilan kan dah kena ban!!

Kalau kali ini BN kalah juga….

March 30, 2009 Posted by | takaful | 3 Comments

Pemilihan Umno ( Bah. 1)

Kita baru sahaja selesai pemilihan UMNO baru-baru ini. Ada calon yang menang dan sudah pasti lebih ramai lagi yang kalah. Ada yang merajuk,tak puas hati, gembira, iri hati dan tak kurang yang terluka. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai orang bawahan (grass root-popular term sekarang) adalah slot perbincangan di TV , iaitu semasa menunggu keputusan rasmi. Ramai cendikiawan, ahli politik dan wartawan membahaskan apa masalah UMNO yang sebenar, kenapa, siapa, bagaimana, di mana dan bila? Macam-macam teori,tokoh dan terma yang digunakan seperti “bottoms-up comunication, new media, unilateral, bilateral, Barrack Obama, apolitical, apologist dan pelbagai lagi. Seronok juga sebab dapat “experience UMNO” dalam sejam,dua.
Antara idea menarik seperti Datuk Mukhriz mencadangkan pemuda menggunakan pendekatan NGO dan gugurkan slogan ‘sedia gempur’. Menurut beliau makcik-makcik lari bila nampak slogan tersebut kat baju pemuda.Ada ahli mencadangkan pembahasan ucapan dasar presiden di peringkat akar umbi. Bagaimana berlaku terlalu banyak tapisan isu-isu dari peringkat akar umbi ke cawangan ke bahagian dan seterusnya. Ada suruh tukar ke “one member-one vote system”. Pelbagai cadangan serta hasrat nak memperjuangkan itu,perjuangkan ini. Dari banyak-banyak cadangan tadi, tiada satu pun yang kaitkan dengan agama. Kata UMNO perjuangkan agama dan bangsa melayu, tetapi SATU pun idea atau isu tak dikaitkan dengan Islam. SUBHANALLAH.
Itulah sebabnya, itulah puncanya kenapa UMNO makin jauh dari orang Melayu, jauh dari ahli UMNO sendiri, malahan jauh dari rakyat. Bagi saya isunya mudah , penting dan sangat benar. Islam, Islam dan Islam.
YB Khairy dalam ucapan kemenangannya ada muatkan ayat Quran, dalam temubual, Datuk Seri Zahid Hamidi pun ada keluarkan dalil walaupun ada tersasul sedikit, OK .. Bagus. Tapi , maaf nak kata kedengaran sangat ‘superficial’, ‘tak jive’ kata orang muda sekarang. Sejak Pak Lah melancarkan Islam Hadhari, sememangnya sampai sekarang rakyat tak faham pun apa dia konsep ini,kenapa perlu bina masjid tak berkariah dan monumen-monumen yang menelan jutaan ringgit. Nak tarik pelancong? Mungkin juga, tapi dari segi pengisian Islam tak sampai. Orang atas selalu berbicara tentang falsafah.Menteri agama selalu sebut tentang Tasauf, Tasawur,Ruh atau semangat Islam. Saya akui memang ini ilmu Islam dan memang penting untuk diperkatakan. Tapi tak sampai pada rakyat, rakyat tak dapat rasa, dan rasa /feel ini yang paling penting bagi kita mengukur keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, kempen dan sebagainya. Rakyat rasa pemerintah jauh, maka jauhlah pemerintah dari rakyat, rakyat rasa tak puas hati, maka pemerintah juga akan susah nanti.
Saya suka ambil satu idea dari panel iaitu kurangkan big talk, lebihkan small talk.. less big ideas, more small ones. Contohnya : Kurangkan pasal idea-idea besar yang mengelirukan, lebihkan mengajak orang pergi ke Masjid atau surau. Macam geng-geng tabligh selalu buat, walau ada orang yang tak selesa dan tak suka. Sangat mudah, mereka hanya nak tarik orang meramaikan masjid, mereka sendiri bukan ahli agama (ada engineer,lawyer,kerja kilang dsb), tapi mereka tarik orang ke masjid. Di sana boleh dengar ceramah menambah ilmu, solat berjemaah dan macam-macam lagi. Saya nak tambah sikit dari idea Datuk Mukhriz, pemuda mesti ada set minda macam ahli tabligh. Yakni selain dari kena tebal muka dan benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab, pemuda kena buat satu benda yang nampak simple tapi manfaat dari itu sangat-sangat besar dan bermakna terutama hal agama, kerana dari situ baru yang lain boleh betul. Zahid Hamidi bagi analogi, UMNO sebuah rumah yang dah berusia 62 tahun. Perlulah dibaiki atapnya,bumbungnya dan lain-lain. Orang-orang di dalamnya (baca : ahli UMNO) perlulah bersatu dan sepakat. Saya rasa semua setuju benda yang pertama sekali kena baiki adalah tiang serinya . Islam adalah agama kita,’Islam is a way of life’. Jadikan juga sebagai ‘the way of UMNO’. Apa dia tiang seri UMNO, lu pikirlah sendiri….

March 28, 2009 Posted by | takaful | Leave a comment